Ucapan Yang Sudah Terlajak | Friday, 16 August 2013 | leave me ♥? |
Hey peeps. First of all, saya, Ain Suhana binti Samsudi menyusun sepuluh lori jari tanda meminta kemaafan. Ye lah. Walaupun bersua dalam blog jer, mungkin kata atau bahasa yang aku guna secara tidak sedar dah melukakan hati korang yang membaca ni hah. Aku manusia biasa yang jahil dan acap kali buat dosa. So, maaf zahir dan batin.
Hopefully raya tahun depan lagi meriah dari tahun ni. Awat aku cakap cenggitu? Raya tahun ni tak best ka? Bukan tak best kak oi. Cuma bila beraya tanpa atuk dengan nenek ni, terasa kurangnya meriah hari raya tu. Keluarga belah ayah aku kalau balik sini mesti sekejap je. Hari raya pertama tu, adalah diorang tidur semalam kat rumah aku. Tapi aku lebih lebih lebih suka kalau diorang tak lama-lama kat rumah aku. Hahah. Jahat der. Bukan aku tak suka. Tapi bila diorang datang tak kiralah waktu hari raya ke, apa ke aku akan rasa macam kecik je. Aku ni bukanlah seorang yang banyak mulut atau nak peramah sangatlah. Kalau kat Facebook tu, aku bersembang dengan sedara-sedara aku macam nak tercabut cpu komputer tu hah. Tapi bila berjumpa, mulut aku macam kena zip. Dan itulah yang membuatkan keluarga belah ayah aku ni anggap aku sombong sedangkan aku ni pendiam, macam mak aku cakap, tak ada modal nak berbual. Haha.
Aku bukannya minta tak dilayan, tapi aku memang macam ni. Bukan dengan sedara aku je aku berkelakuan macam tu, even dengan kawan baik-baik-baik yang dah tak berjumpa lama tu pun aku susah nak mulakan perbualan. Tapi bila dah lama-lama aku dah sesuaikan diri, memang rancak lah aku berbual. Alah. Macam kereta BMW la kan, kena startkan enjin, bila dah panas, baru boleh gerak. Heh. Tapi macam aku cakap, diorang dah anggap aku sombong, so bila datang rumah aku, aku akan rasa yang aku ni tak wujud. Wow! Fantastic. Aku ada kuasa yang membuatkan orang tak dapat melihat aku dengan mata kasar. Puihhh.
Hari ni dah Jumaat. Kerja sekolah yang aku dah buat cuma pembetulan Biology jer. Karangan dengan homework Mod Math yang dah sampai circle tu jangan harap la aku nak buat. Pemalas kan aku ni. Cuti raya ni aku cuma kemas rumah, sumbat telinga dengan earphone, dengar lagu K-Pop lepastu tidur. Lebih-lebih lagi EXO dah comeback ber'growling' la aku. Hehe. Lantak arhh. Waktu ni jelah aku dapat fangirling sekejap. Bila dah naik sekolah nanti nak menghadap pembetulan kertas exam PK2 yang entah jadi apalah tu.
Seminggu sebelum cuti raya tu, aku ada exam. Hari Isnin dah nak start exam, baru aku selak buku-buku. See, betapa seronoknya jadi aku yang pemalas ni. Dahlah pagi-pagi kena bertugas. Susahlah jadi pengawas ni. Orang lain bersenang-lenang pagi-pagi dah meniru jawapan kerja sekolah yang tak siap. Tapi aku kena jadi batu tunggul depan pagar sekolah setiap hari. Tengok, mengeluh pulak. Ingat nak lepaskan jawatan pengawas, tapi bila fikir-fikir, tinggal tahun ni dengan tahun depan je aku kena jadi pengawas lepastu aku free. Manalah tahu bila naik Form 5, aku dapat jadi EXCO Pengawas ke kan? Aku tak mintak jawatan besar-besar, dapat jadi Timbalan Ketua Pelajar atau Ketua Unit Disiplin pun dah Alhamdulillah. Hahaha.
Sedih bila kawan yang kita percaya sepenuh hati sanggup melukakan hati kita. Hanya aku dan Allah je yang tahu perasaan aku.